Monday, 11 January 2016

Persediaan PEPERIKSAAN PTD 2016

Assalamualaikum...

Sobahul khairan, semoga usaha hari ini adalah lebih baik dari yang semalam.
Untuk tahun 2016, nampak ramai yang layak untuk menduduki PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 ..

Tahniah kepada yang layak, apa lagi persiapkan diri untuk Ujian Online ini..??
Pegawai PTD ibarat "Survival of the Fittest" dan mestilah seorang yang mempunyai KEBERANIAN dan PENGETAHUAN yang menyeluruh.... amacam, ada ke idak ciri-ciri ini?!

Pada tahun lepas, FFKS berpeluang menduduki Ujian ini dan LAYAK untuk proses yang seterusnya..
Demi maslahat masyarakat sekalian, saya nak berkongsi tips-tips untuk menjawab soalan2 online ini.

Tak lupa juga, kalau SPA ada buat Program Outreach silalah join..amat tidak merugikan bagi mereka yang ingin berkhidmat dalam kerajaan.

Untuk Tahun ini, ada perubahanan Pembahagian Soalan, jadi saya tetap bagi tips untuk tahun 2015.
Kemungkinan soalan2 psikometrik dimasukan ke dalam Seksyen B tahun 2016.


Seksyen Soalan PTD 2015 & Tips

A. PENGETAHUAN AM
- Baca dan Ulangkaji Topik-topik (Dasar-Dasar) dalam Pengetahuan Am Tingkatan 6
- Ambil tahu isu semasa
- Beberapa soalan tentang internet
- soalan sangat meluas, ada isu luar negara..mungkin boleh fokus pada yang latest spt TPPA
- Cari dalam Internet contoh soalan, selalunya akan jumpa satu sahaja, tapi cari dari pelbagai sumber     supaya bersedia dengan bentuk soalan

B. DAYA PENYELESAIAN MASALAH
- tiada cara lain kalau berhadapan dengan soalan matematik banyakan LATIHAN LATIHAN dan    
  LATIHAN
- saya beli buku SPM semata-mata sebagai persediaan dan memang berbaloi.
- Buat juga latihan M3 untuk UPSR, PMR dan SPM..
- Soalan bukan ADDMATH, soalan yang simple tapi perlu berfikir tu yang banyak habis masa..
- sila plan masa untuk satu soalan, jawab yang tahu dan pantas..

C. UJIAN PSIKOMETRIK (Tiada untuk Tahun 2016)
- soalan untuk kenalpasti personality
- cari contoh soalan online, sangat banyak tapi tahun ini tak de dah..
- soalan yang banyak dengan semua jawapan yang betul >.<"

Contoh-Contoh Soalan PTD
http://www.lamankerjaya.com/contoh-soalan-ptd-2014/
http://www.soalanptd.info/contoh-soalan-peperiksaan-ptd-m41/
http://www.examptd.info/contoh-soalan-daya-menyelesaikan-masalah-matematik-ptd/

Jika memang bertekad untuk jadi PTD, jangan MALAS-MALAS..
Tetapkan niat dan jangan putus asa..
Semoga berjaya!!