Thursday, 26 November 2015

Waktu yang TERHENTI . . .


Assalamualaikum W.B.T..

M A T I ... 
sesuatu yang PASTI bagi setiap makhluk yang bernyawa..
sebagai manusia di muka bumi Allah, kita mestilah sedar bahawa kita semua akan menemuiNYA
satu hari nanti..Semoga pengakhiran kita semua dipermudahkan dan mendapat Khusnol Qhotimah~ Inshaa Allah...

Astaghfirullahalazim.. 
Tahun 2015 ini amat menyedihkan bagi keluargaku.. 
Selang beberapa bulan aku kehilangan bapa saudara dan ibu saudara. Tetapi perit lagi apa yang ibuku rasa..sebab kehilangan dua orang abang dan seorang adik pada tahun ini..Allah sebaik-baik PERANCANG~
Bagi aku kematian amatlah menyedihkan dan menyakitkan. kebetulan beberapa bulan yang lalu ada mendengar Radio IKIM.FM berkongsi proses kematian, cara roh di cabut,
semua benda ni amat menakutkan jika tidak bersedia dan kematian itu selalu datang dalam kita tak bersedia.

Seperti yang disebut disebut oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani mengenai proses-proses roh yang dicabut, proses yang sama diceritakan oleh ahli keluarga yang menyaksikan proses itu.. 
sama..
Roh dicabut perlahan-lahan dari kaki, kemudian ke pinggang dan sebelum sampai ke kepala.. Arwahyarham tersenyum…
mungkin ada sesuatu menyerupai seseorang yg tersayang datang menjemput dan berkata "Janganlah kau takut akan kematian ini..(tak ingat ayat seterusnya, ini dicerita oleh ustaz)..
Memang satu persatu proses itu berlaku dan diperlihatkan dan kemudian diceritakan kepada aku..

Satu demi satu rakan dan ahli keluarga yang tersayang pulang ke dakapanNYA,
Membuatkan aku semakin sedar, hidup ini tidak lama..
Tak lama lagi sampai pula waktu aku.. 
atau mungkin juga ada hikmah, kerana Allah sayangkan aku dan masih meminjamkan nyawa ini untuk aku BERTAUBAT 
dan mengumpul banyak-banyak AMALAN sebagai bekalan aku, sebelum pulang kepadaNYA..**semoga sentiasa dipelihara hidayah ini.

Kematian menginsafkan…
Aku percaya, kematian demi kematian yang berlaku membuatkan kami sedar bahawa dunia ini hanya persinggahan yang NYATA..
Dan memberi kami hidayah supaya mengumpul banyak kebaikan sebelum dijemput untuk kembali kepadaNYA..

Kematian memutuskan kita dengan dunia..
Maka terputuslah semua amalan..kalau banyak berAMAL dan diterima oleh Allah, maka beruntunglah..
Dan sebagai kenalan yang masih hidup, menjadi tanggungjawab aku untuk menambahkan amalan ahli keluarga yang telah meninggal..Sebagai manusia, kita memanglah kita tak sempurna, begitu juga amalan..
Mungkin ada kekurangan (Allah lebih mengetahui). Jadi, bagi pihak ahli keluarga, datuk nenek moyang yang telah meninggalkan kita, boleh lah kita  buat amalan bagi pihak mereka seperti badal haji, bersedekah, berpuasa dan sebagainya..

Kematian adalah Ujian
Allah tidak akan menurunkan Ujian jika manusia tidak mampu menghadapinya..sesungguhnya Allah lebih mengetahui..
Kepada yang ada kehilangan keluarga, masing-masing kena motivasi sesama keluarga supaya REDHA atas ujian ini..
dan meneruskan hidup dan menjaga diri semasa didunia supaya keluarga yang didalam kubur diringankan seksaan bagi dosa ahli keluarga yang masih hidup..
dan kita mesti sentiasa memperbaiki diri untuk menghadapi MATI...

Kematian itu amatlah tidak diduga..
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui ajal setiap hambaNYA.. dan sebagai hamba, kita mestilah SENTIASA bersiap-siaga untuk menghadapi mati..Orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati kerana mereka sentiasa bersedia dan mereka tahu hidup didunia ini hanya untuk akhirat..

P/S: Peringatan untuk diri


~Setiap yang akan menghadapi MATI~
Amat memohon pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada:

Azman Abu Bakar
Abdul Rahim bin Abu Bakar
Alina Binti Abu bakar

Friday, 20 November 2015

TTC Terms

Assalamualaikum wbt TTCians Malaysia,

Shobahul khair <3


Setiap wanita mesti kena ada APPS untuk Period Cycle.. Penting juga kalau mengandung nanti..
aku pakai apps ini jer nama dia MY CALENDAR.

macam apps ni penting untuk catatkan waktu haid, kira kitaran haid, hari ovulation dan sebagainya.
Nak mengandung ni ibarat process MISS-THE-HIT.. sesuatu masa yang kita pon tak dapat nak jangkakan.. ada orang senang nak dapat anak **dengan izin Allah
ada juga yang susah, tetapi jangan putus-asa..
usaha~usaha~usaha lagi... #inshaaAllah

inilah gambar apps tu..



Sedikit Terms TTC ni:

1. Ovulation (proses wanita menghasilkan telur untuk disenyawakan oleh sperma)
2. Period Cycle (KITARAN haid, bukan BILANGAN hari datang bulan ye.. biasanya 28~37 utk makcik ni)
3. BD (baby dance, berjimak)
4. 2WW (two weeks waits,hari lepas waktu subur dan ovulation, hari2 yg kritikal sebelum check UPT)
5. DPO (Day Past Ovulation, bilangan hari yang bermula selepas OPK negatif)
6. EWCM (Egg White Servical Mucus, lendir berwarna putih telur = waktu ovulation)
7. OPK (untuk uji waktu subur, start uji dari kitaran hari ke-14)
8. UPK (ujian kehamilan)

Jika ada persoalan, boleh comment..
makcik cuba yang terbaik..
Inshaa Allah (dengan izin Allah)







Friday, 13 November 2015

Imagine your Korea: Wondrous K-Beauty Showcase Part 2


Assalamualaikum Yorabun~~


Makanan ruji masyarakat Korea yang sehat! sebab itulah kulit mereka cantik tulus mulus gebuss ~

Seperti dijanjikan, FFKS nak berkongsi resepi BULGOGI dan KIMCHI yang sangat mudah dan sedap dimakan begitu sahaja..







Resepi Bulgogi 

Ingredient
Beef(Top-Side).................1.5kg
Onion.................................300g
Spring Onion.....................150g

Marinate (1 day)
Apple extract.....................150g
Sugar..................................130g
Soy-sauce...........................130g
Sesame oil............................40g
Minced Garlic....................100g
Ginger extract........................8sp
Pepper Powder.......................3g
7-up or Sprite.....................100g
Onion..................................100g
Pineapple...............................50g



Atas ni resepi lengkap, tapi boleh juga gunakan bahan-bahan sedia ada dirumah (ikut kreativiti citaRASA anda)...Saya pernah buat Bulgogi dengan menggunakan bahan-bahan ini sahaja:
-Ayam
-Bawang putih + bawang besar
-Sos soya
-Halia
-Lada hitam
-Buah epal yg dipotong kasar

Rasanya sama seperti daging Bulgogi tapi haritu terlebih halia.. Sukatan untuk semua bahan ni yang sedang-sedang saja ~~  



Resepi Kimchi **ponat nak salin dah >.<



Sebelum program tamat, dapat juga merasa Bulgogi + Kimchi + Seaweed Soup **nyum~

I will enjoy this food ^^, ~ 잘 먹겠습니다 [jal meok-ge-sseum-ni-da]
Selamat mencuba Chingu ~   

Thursday, 15 October 2015

Imagine your Korea: Wondrous K-Beauty Showcase Part 1

Assalamualaikum,
!!

anyeong haseyo, kamsaphamnida, saranghaeyo~

katanyer..........hehehe >.<

Sebenarnya takdelah fanatik kpop sangat, cume dulu2 minat Drama Korea
Winter Sonata, Succesful Story of the Bright Girl, Lovers in Paris
very the old school + vintage drama..

Topik harini sebenarnya nak cerita pengalaman menyertai program anjuran Korea Plaza dan Korea Tourism yang berbunyi Imagine your Korea: Wondrous K-Beauty.
dari tajuk pon dah tahu mengenai apa kan?~ 

Program ini diadakan pada 30 May 2015, bertempat di Korea Plaza Menara 
Hap Seng (yg dekat2 dengan Wisma KFC). senang je nak pergi, naik 

>Monorel > Bukit Nenas > jalan kaki sikit
>LRT > Dang Wangi > jalan kaki sikit


rujuk di sini warna MERAH dan HIJAU


Korea Plaza Menara Hap Seng

Antara aktiviti yang menarik pada hari tersebut, 
1. Forum:VIP & Selebriti berkongsi tips2 dan rutin kecantikan mereka
2. Presentation: dari Klinik2 dan Pusat kecantikan Korea untuk cantik 
    secara semulajadi atau sebaliknye =P..
3. Memasak: Demostrasi memasak Bulgogi dan Kimchi.
4. Melantak: Bulgogi + Bap + Seaweed Sup
5. Tarian: tengok sat je~ sebab dah masuk office hour utk surirumah separuh masa <.<

**yang paling seronok kat program ni ialah Goodies Beg + makanan nyum nyum

Goodies beg yg best tu..dapat set gift yg kt bawah ni


semua yang datang dapat set dari The Face Shop..


pamphlet yg dapat bawa balik dri Korea Plaza
**kot-kot ada rezeki nak pi korea :P



Saranghae~

Nak bergambar pun boleh juga, malu rugi lah~~

Tunggu Next Entry untuk 

Assalamualaikum <3