Assalamualaikum W.B.T..
M A T I ...
sesuatu yang PASTI bagi setiap makhluk yang bernyawa..
sebagai manusia di muka bumi Allah, kita mestilah sedar bahawa kita semua akan menemuiNYA
satu hari nanti..Semoga pengakhiran kita semua dipermudahkan dan mendapat Khusnol Qhotimah~ Inshaa Allah...
Astaghfirullahalazim..
Tahun 2015 ini amat menyedihkan bagi keluargaku..
Selang beberapa bulan aku kehilangan bapa saudara dan ibu saudara. Tetapi perit lagi apa yang ibuku rasa..sebab kehilangan dua orang abang dan seorang adik pada tahun ini..Allah sebaik-baik PERANCANG~
Bagi aku kematian
amatlah menyedihkan dan menyakitkan. kebetulan beberapa bulan yang lalu ada
mendengar Radio IKIM.FM berkongsi proses kematian, cara roh di cabut,
semua benda ni amat menakutkan jika tidak bersedia dan kematian itu selalu datang dalam kita tak bersedia.
Seperti yang disebut disebut
oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani mengenai proses-proses roh yang dicabut, proses
yang sama diceritakan oleh ahli keluarga yang menyaksikan proses itu..
sama..
Roh dicabut
perlahan-lahan dari kaki, kemudian ke pinggang dan sebelum sampai ke kepala.. Arwahyarham
tersenyum…
mungkin ada sesuatu
menyerupai seseorang yg tersayang datang menjemput dan berkata "Janganlah
kau takut akan kematian ini..(tak ingat ayat seterusnya, ini dicerita oleh
ustaz)..
Memang satu persatu
proses itu berlaku dan diperlihatkan dan kemudian diceritakan kepada aku..
Satu demi satu rakan
dan ahli keluarga yang tersayang pulang ke dakapanNYA,
Membuatkan aku
semakin sedar, hidup ini tidak lama..
Tak lama lagi sampai
pula waktu aku..
atau mungkin juga ada hikmah, kerana Allah sayangkan
aku dan masih meminjamkan nyawa ini untuk aku BERTAUBAT
dan mengumpul
banyak-banyak AMALAN sebagai bekalan aku, sebelum pulang kepadaNYA..**semoga
sentiasa dipelihara hidayah ini.
Kematian menginsafkan…
Aku percaya, kematian
demi kematian yang berlaku membuatkan kami sedar bahawa dunia ini hanya
persinggahan yang NYATA..
Dan memberi kami
hidayah supaya mengumpul banyak kebaikan sebelum dijemput untuk kembali
kepadaNYA..
Kematian memutuskan
kita dengan dunia..
Maka terputuslah semua
amalan..kalau banyak berAMAL dan diterima oleh Allah, maka beruntunglah..
Dan sebagai kenalan
yang masih hidup, menjadi tanggungjawab aku untuk menambahkan amalan ahli
keluarga yang telah meninggal..Sebagai manusia, kita memanglah kita tak sempurna,
begitu juga amalan..
Mungkin ada
kekurangan (Allah lebih mengetahui). Jadi, bagi pihak ahli keluarga, datuk
nenek moyang yang telah meninggalkan kita, boleh lah kita buat amalan bagi pihak mereka seperti badal
haji, bersedekah, berpuasa dan sebagainya..
Kematian adalah Ujian
Allah tidak akan menurunkan Ujian jika manusia tidak mampu menghadapinya..sesungguhnya Allah lebih mengetahui..
Kepada yang ada kehilangan keluarga, masing-masing kena motivasi sesama keluarga supaya REDHA atas ujian ini..
dan meneruskan hidup dan menjaga diri semasa didunia supaya keluarga yang didalam kubur diringankan seksaan bagi dosa ahli keluarga yang masih hidup..
dan kita mesti sentiasa memperbaiki diri untuk menghadapi MATI...
Kematian itu amatlah
tidak diduga..
Sesungguhnya Allah
lebih mengetahui ajal setiap hambaNYA.. dan sebagai hamba, kita mestilah
SENTIASA bersiap-siaga untuk menghadapi mati..Orang yang bijak adalah orang
yang mengingati mati kerana mereka sentiasa bersedia dan mereka tahu hidup
didunia ini hanya untuk akhirat..
P/S: Peringatan untuk
diri
~Setiap yang akan menghadapi MATI~
Amat memohon pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada:
Azman Abu Bakar
Abdul Rahim bin Abu Bakar
Alina Binti Abu bakar
