Shobahul khair <3
Setiap wanita mesti kena ada APPS untuk Period Cycle.. Penting juga kalau mengandung nanti..
aku pakai apps ini jer nama dia MY CALENDAR.
macam apps ni penting untuk catatkan waktu haid, kira kitaran haid, hari ovulation dan sebagainya.
Nak mengandung ni ibarat process MISS-THE-HIT.. sesuatu masa yang kita pon tak dapat nak jangkakan.. ada orang senang nak dapat anak **dengan izin Allah
ada juga yang susah, tetapi jangan putus-asa..
usaha~usaha~usaha lagi... #inshaaAllah
![]() |
| inilah gambar apps tu.. |
Sedikit Terms TTC ni:
1. Ovulation (proses wanita menghasilkan telur untuk disenyawakan oleh sperma)
2. Period Cycle (KITARAN haid, bukan BILANGAN hari datang bulan ye.. biasanya 28~37 utk makcik ni)
3. BD (baby dance, berjimak)
4. 2WW (two weeks waits,hari lepas waktu subur dan ovulation, hari2 yg kritikal sebelum check UPT)
5. DPO (Day Past Ovulation, bilangan hari yang bermula selepas OPK negatif)
6. EWCM (Egg White Servical Mucus, lendir berwarna putih telur = waktu ovulation)
7. OPK (untuk uji waktu subur, start uji dari kitaran hari ke-14)
8. UPK (ujian kehamilan)
Jika ada persoalan, boleh comment..
makcik cuba yang terbaik..
Inshaa Allah (dengan izin Allah)
